Permulaan


Assalamualaikum. Hi

Nama aku Diana. Blog ini dibina untuk dijadikan sebagai medium untuk catatan yang mungkin bermakna atau memberi kesan dalam kehidupan aku dan mungkin bukan suatu kepentingan orang lain.

Hari ini aku membuat keputusan untuk menjadikan blog ini sebagai satu tempat untuk aku luahkan perasaan, tempat untuk aku pahatkan kenangan-kenangan yang bermakna dalam hidup aku, atau mungkin untuk aku jadikan tempat aku catatkan hasil kerja seni aku yang terlalu aku cintai.

Aku sudah pun berkahwin dengan lelaki pilihan aku sendiri. Usia perkahwinan sudah pun masuk tahun ke 3. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

Sebagai permulaan, aku akan ceritakan serba sedikit tentang latar belakang diri aku. Aku lahir pada tahun 1991. Aku berasal dari Kuala Lumpur. Kemudian kami sekeluarga berpindah ke Negeri Sembilan tempat asal mak dan ayah aku.

Kehidupan aku sejak pindah? Seingat aku..tidaklah begitu baik. Aku tak punya ramai kawan. Aku lebih suka duduk di rumah melakukan hobi aku. Kerja seni. Aku minat menjahit dari kecil. Aku minat manik, fabrik, benang, buttons dan sebagainya. Mak aku sedia maklum dengan minat aku dan aku sangat bertuah kerana mak sentiasa sokong minat aku. Kehidupan semasa kecil dan remaja? Aku tak pernah dikongkong. Aku selalu sentiasa diberikan kebebasan untuk memilih. Aku tak tahu sama ada ianya perkara yang baik atau tak. entah lah.. apa yang aku yakin, aku yakin kedua mak ayah aku sentiasa nakkan yang terbaik buat aku.

Kehidupan di awal remaja.. di sini bermulanya banyak keperitan yang aku pendam dan lalui. Pada aku.. aku terlalu banyak tersilap langkah. Di sekolah, aku tak ramai kawan. Seingat aku, di menengah rendah aku cuma ada seorang kawan baik dan menengah rendah pun sorang. Aku tak pasti mana silapnya. Tapi aku bukanlah seseorang yang orang selesa untuk berkawan mungkin. Senang cerita..mungkin aku ni bukan orang yang baik.

Aku bukan pelajar yang sentiasa disukai guru-guru. Antara kenangan pahit yang sehingga kini sukar untuk aku lupakan ialah aku difitnah menfitnah guru. Guru addmath aku fitnah aku menyebarkan fitnah pasal dia. Aku dipulau 1 kelas. Aku hanya ada Marshitah. Satu-satunya kawan baik aku yang aku maksudkan tadi. Sudahlah tak ramai kawan. Dipulau pulak di sekolah. Aku sentiasa rasa down masa tu. Hal yang lain-lain? Terlalu banyak yang membuatkan aku rasa down di sekolah tapi isu fitnah di sekolah betul-betul memberi kesan dalam hidup aku.

Bermulanya di sini, aku cuba buat bermacam-macam untuk dapatkan perhatian. Sehinggakan aku tersilap langkah.. terus menerus tersilap langkah. Akhirnya aku kecundang menjadi orang yang sangat tak berguna dalam dunia ni.

Kehidupan bersama keluarga? Aku bersyukur mak ayah aku sangat baik dan sokong aku. Tapi.. aku selalu dibandingkan dengan sepupu when it comes to academic. Aku bukan scorer. Aku lemah. Tapi aku bukan jenis yang cepat putus asa. Aku struggle di universiti. Aku berjaya dapat 1st class degree. Aku rasa ini percampaian yang tinggi untuk aku personally sebab percampaian ini mebuatkan orang beri perhatian pada aku. Mak sayang. Ayah sayang. Mak puji. Ayah puji. Keluarga semua puji dan ucap tahniah.

Dengan berbekalkan keputusan ijazah yang baik. Aku bersungguh-sungguh pergi temuduga merata tempat untuk dapatkan pekerjaan. Perkara pertama di minda aku masa tu? Hanyalah ahli keluarga. Aku nak tolong ringankan beban keluarga. Aku nak belanja mak ayah. belanja adik beradik. Dan alhamdulillah aku dapat pekerjaan yang aku suka. Aku suka kerja aku. Penuh dengan cabaran. Walaupun penat tapi aku suka. Aku banyak berdikari. Aku simpan duit semata untuk keluarga aku. Duit gaji aku byk tlg mak ayah. Aku selalu cakap aku ada duit. Tapi sebenarnya duit aku tak banyak. Target aku cuma nak tolong keluarga. Aku selalu kesempitan duit tapi alhamdulillah belum sampai tak cukup untuk hidup.

2 tahun aku bekerja..aku membuat keputusan untuk berkahwin. Dan kehidupan lepas berkahwin inilah kehidupan yang membuatkan hidup aku terlalu mencabar. Selepas aku berkahwin, mak mertua aku cuba untuk pujuk aku berhenti kerja. Ayat yang paling aku tak boleh lupa. "Kalau kahwin lepastu duduk jauh baik tak payah kahwin". Aku kerja di cyberjaya dan suami aku di segamat. Akhirnya aku mengalah. Aku korban kerja yang aku suka. Walaupun pada masa tu bukan waktu yang sesuai untuk berhenti sebab simpanan duit aku dah tak banyak. Masa kahwin banyak pakai duit. Walaupun orang kata tak baik menyesal dengan apa yang kita buat. Tapi jujur. Aku menyesal sebab aku akur dengan kehendak mertua aku. Kenapa aku menyesal? InsyaAllah aku sambung bila ada masa.

Comments